28 April 2012

perancangan.kewangan

Merancang kewangan bermula apabila seseorang itu merancang perbelanjaan harian. Hampir setiap kanakkanak mendapat wang saku harian apabila pergi ke sekolah. Namun, tidak semua yang tahu bagaimana untuk membelanjakan wang tersebut. Kadangkala tanpa disedari, wang saku harian habis dibelanjakan.

Salah satu alat bantu yang baik untuk pelajar ialah penggunaan `Buku Wang Saku' yang diterbitkan oleh Bank Negara. Buku ini merupakan cara yang mudah untuk membantu seseorang pelajar merancang kewangan melalui rancangan berbelanja harian.
Berikut adalah beberapa faktor-faktor yang boleh membantu pelajar merancang kewangan:

Rancang Perbelanjaan

Apabila mendapat wang, rancanglah perbelanjaan. Perbelanjaan yang dirancang merupakan amalan yang boleh menjamin masa hadapan yang cerah. Jadikan tabiat suka menyimpan sebagai satu amalan kehidupan seharian.

Setiap kali menerima wang saku, rekodkan jumlah yang diterima. Rekodkan perbelanjaan yang ingin dilakukan pada hari tersebut, supaya dapat melihat anggaran simpanan yang akan dibuat. Cuba sedaya upaya untuk tidak berbelanja lebih daripada peruntukan berbelanja yang dirancang.

Belanja Dengan Bijak

* Satu lagi petua merancang kewangan adalah dengan mengetahui cara-cara bagaimana membelanjakan wang dengan bijak. Cara berbelanja dengan bijak bermakna berbelanja apabila perlu dan membeli barang yang perlu sahaja.

* Jangan meminjam wang daripada sesiapapun semata-mata kerana gagal mengawal perbelanjaan. Bagi pelajar yang dapat mengawal perbelanjaan pula, elakkan daripada meminjamkan wang kepada kawan-kawan.

* Jangan berbohong kepada ibu-bapa semata-mata kerana ingin mendapatkan wang.

* Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuan ibubapa.

Pastikan Sentiasa Mempunyai Wang Di Tangan

Elakkan berbelanja sehingga wang di tangan kehabisan. Ini disebabkan wang perlu digunakan pada bila-bila masa.

Menyimpan Wang, Biarlah Di Tempat Selamat

Baki wang yang ada di tangan setelah berbelanja perlulah direkodkan dan disimpan di tempat yang selamat. Bank merupakan institusi penerima simpanan yang selamat di samping dapat memberi pendapatan kepada wang yang disimpan. Minta bantuan guru atau ibu-bapa untuk mengetahui cara untuk membuka akaun simpanan dengan bank.

Melabur Wang Untuk Mendapatkan Pulangan

Jadikan wang sebagai alat untuk menghasilkan pendapatan dan memberi hasil pulangan. Jumlah wang disimpan di bank akan bertambah nilainya apabila bank memberi faedah kepada simpanan tersebut

after u read it click button LIKE oke :)

saya.sayang.awak :)



Saya sayang awak..
tapi betul ke saya sayang awak??
awak sayang saya ke??
kalau sayang, nape awak pegang tangan saya??
awak nak tengok rambut saya,nak hug saya,nak saya pakai seksi2.....
.nk suh saya antar gmbr x kai tudung??
tudung 2 bukan uniform la awk.....
memang la awak xkasi "bOy" lain tengok saya pakai seksi..
tp awak xhalal lagi utk saya kan??
saya sayang awak ke kalau saya kasi semua tu kat awak?????
awak ada jawapan x skrg?????
Ramai yg nk bercinta......
ada 2 nk try2 pn ada.... tp jgn la utk bt main...
.itu dOsa....& haram di sisi islam....
cinta NIAT utk Kahwin & Jdikn ia Halal utk kita je
betOl...x haram....
.nk bercinta mmg senang tp nk mengamalknnya secara halal & sebagai org islam 2 yg payah...
ramai yg kapel kononnye letak syarat...syarat
syarat tu la syarat ni la...tp sumer syarat terlepas......
contohnye "xnk bersentuh la".....
tp lme2 bt jgk....
zaman cyber ni jrg org je kapel x sentuhh...
sekurang2 nye sentuh tangan,,,
kadang2 sentuh x sengaje.....
.mmg byk.....like on "cross road"...
bese la jalan2 bwk lintas jalan.....kn2?????....
Allah dah berikan  jodoh yg terbaik untuk kite....
.tp bergantung pd kite utk jdikn ia halal @ haram b4 di ijab kabulkan....
.ramai yang putus cinta besenya bt keje2 bodoh.....
ukir nama kt tangan ,potong nadi.....ish...
keje yang di laknat Tuhan sume 2.....
dunia ni xkekal la awak....
akhirat sana akan kekal abadi......
frust cinta mana pn kita kt dunia.....
kt syurga 6t sume akan dpt.......
awak nak kapel dengan Lisa Surihani boleh...........
janji  awak buat yang Allah suruh & tinggalkan yang Allah larang....
Insya-Allah.......
awak, kalau la saya pergi dulu,saya nak tunggu awak kt syurga tau.
.awak doakan la saya bia boleh masok syurga..
saya nak jadi bidadari yg tunggu awak..
n there, i'll be yours forever..
.tapi, kalau awak pergi dulu??
ye..saya sedih..
tp saya pun akan doakan awak.
.insyaAllah..nanti awak tunggu la saya kt syurga k??
mesti ramai bidadari tunggu awak kat sana..tapi, simpan la 1 tempat untuk saya k??
saya nak jadi bidadari awak......
...awak.
maaf kan saya kalau ape yg saya buat n gtau ni mengguris hati awak.
saya buat camni sbb saya sayang awak..
saya xtau camne nak gtau awak..
sebab tu saya pOst kt sini..
maaf sebab saya post kat sini....
at least mereka yang baca ni boleh jadikan kisah ni sbgai panduan.
ramai kt luar sana kapel n buat macam2..
saya takot nak post kat awak..
tapi saya harap awak tergerak hati nak baca ni k..
awak......
.ingat tahu..
SAYA SAYANG AWAK KETAT-KETAT..
N
saya tunggu awak jemput saya sebagai yg halal utk awak nanti k.....
ada jodoh xkemana......
Insya-Allah.♥♥♥




after u read it click button LIKE oke :)

27 April 2012

adab.dan.petua

22 Adab dan Petua Membaca al-Quran ::


✿ܓ♥ Ketika membaca al-Quran, seorang Muslim perlu memperhatikan adab berikut untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dalam membacanya. Membaca Qur’an seharusnya sudah menjadi agenda harian kita. Dengan rutin membaca , maka kita akan dimudahkan melangkah ke tahap selanjutnya yaitu , berusaha mengerti dan memahami makna dari yang rutin kita baca tersebut.

Kita usahakan program rutin membaca Al-Quran menjadi sebahagian dari keperluan hidup kita, sebagaimana makan dan minum. Agar Al-Qur’an memberi bekas ke dalam hati, ada adab-adab yang perlu di-perhatikan saat membacanya.

Berikut adalah adab membaca al-Quran dari kitab "At-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran" oleh al-Imam an-Nawawi yang dapat disimpulkan kepada 22 perkara, iaitu:

1 Berniat ikhlas kerana ALLAH SWT.
2 Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.
3 Membaca dalam keadaan berwuduk.
4 Mengadap ke arah kiblat.
5 Memulakan dengan at-Ta’awwuz.
6 Membaca al-Quran dari Mus'haf lebih utama dari membaca tanpa melihat. Walaupun begitu bagi yang ingin menghafaznya, diharuskan membaca dari hafazan tanpa melihat.
7 Membaca dengan suara yang merdu dan kuat agar dapat dihayati oleh diri sendiri dan orang lain. Al-Imam al-Ghazali ada menyatakan, jika kita bimbang akan timbul riya' iaitu ingin menunjuk-nunjuk, maka membaca secara perlahan itu lebih utama. Sebaliknya jika dapat menjaga daripada timbulnya penyakit berkenaan, maka digalakkan membaca dengan suara yang nyaring – Ihya’ Ulumiddin.
8 Membaca dengan perhatian dan memahami ayat-ayat yang dibacakan.
9 Membaca dengan tadabbur dan menangis. Antara adab-adab tadabbur itu ialah memperlahankan suara apabila sampai pada ayat yang menyentuh mengenai sifat ALLAH SWT menurut tafsiran orang kafir. Sebagai contoh orang Yahudi mengatakan Nabi Uzair anak ALLAH SWT seperti yang disebutkan ALLAH dalam surah at-Taubah ayat 30. Contoh yang lain ialah persepsi mereka bahawa ALLAH SWT tidak berkuasa mengurniakan rezeki kepada hamba-Nya seperti yang difirmankan dalam ayat 64 surah al-Maidah.
10 Memuliakan al-Quran. Kita dilarang membaca al-Quran sambil ketawa ataupun sambil berbual melainkan mengenai sesuatu yang amat penting.
11 Membaca ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Quran, yang dulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.
12 Beramal dengan ajaran al-Quran itu.
13 Sentiasa membaca al-Quran terutama pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu. Diriwayatkan dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca 10 ayat, maka dia tidak akan tergolong dari kalangan orang yang lalai.” (2085, hadis sahih mengikut syarat Muslim)
14 Berusaha menghafaz ayat al-Quran dan mengulang-ulang ayat itu supaya sentiasa mengingatinya.
15 Meletakkan sasaran untuk mengkhatamkan al-Quran itu.
16 Memanjatkan doa sebaik tamat membaca al-Quran kerana waktu itu adalah antara waktu mustajab doa.
17 Dilarang membaca al-Quran di tempat yang tidak sewajarnya seperti di dalam tandas.
18 Mengucup al-Quran kerana dikiaskan dengan mengucup Hajar al-Aswad kerana ia juga hadiah kepada ALLAH SWT.
19 Mewangikan al-Quran sebagaimana meletakkan wangian pada Hajar al-Aswad.
20 Meletakkan al-Quran di tempat yang tinggi.
21 Berusaha untuk menghayati isi kandungan al-Quran hingga membawa ke peringkat menangis atau menitiskan air mata.
22 Tidak memberi salam kepada seseorang yang sedang membaca al-Quran.

after u read it click button LIKE oke :)

mimpi

~Mimpi Pengajaran~(Rugi kalau tak baca)

Seorang lelaki bermimpi dikejar seekor harimau.Dia berlari ke arah sebatang pokok dan terus memanjat lalu duduk di atas salah satu dahan pokok tersebut. Saat dia memandang ke bawah, harimau masih menunggunya di bawah pokok tersebut.

Dia menoleh ke tepi dan terlihat ada dua ekor tikus sedang mengelilingi dahan yang sedang didudukinya.Seekor warna putih dan seekor hitam sedang memakan dahan pokok tersebut dan boleh mengakibatkan dahan tersebut patah pada bila bila masa sahaja.

Saat dia menoleh ke bawah, dia merasa terkejut dan gerun kerana ada seekor ular hitam besar sedang terngangga mulutnya berada betul betul di bawah dahan yang dia duduki dan jika dia terjatuh dia boleh masuk terus ke dalam mulut ular tersebut. Dia melihat lihat kiri kanan jika ada dahan lain sebagai tempat dia bergayut.

Dia terlihat satu dahan yang mana ada terdapat sarang madu lebah.Titisan madu kelihatan menitik nitik dan dia mahu merasanya.Dia berjaya merasa satu titisan madu tersebut yang mana terasa sungguh lazat dan menakjubkan.Jadi dia berusaha lagi untuk merasa titisan demi titisan dan akhirnya dia leka hingga terlupa tentang dua ekor tikus,ular dan harimau yang ada di bawahnya.

Tiba tiba dahan pokok patah dan dia terjatuh lalu tersedar dari tidurnya.

Keesokannya dia cuba memahami maksud mimpinya itu dan akhirnya berjumpa orang bijak pandai yang boleh mentafsir mimpi tersebut.

Orang bijak pandai itu berkata, harimau yang anda lihat dan mengejar anda adalah kematian, ia selalu mengejar ke mana saja anda pergi. Tikus seekor putih seekor hitam adalah tanda siang dan malam.Ia mengelilingi datang silih berganti,memakan waktu anda dan semakin dekat membawa anda kepada kematian.

Ular hitam besar dengan mulut terngangga besar dalam dan gelap adalah kubur. Ia ada di situ menunggu anda jatuh masuk ke dalamnya. Sarang madu lebah adalah dunia ini dan titisan manis madu adalah nikmat dan kelazatan dunia.Kita pada mulanya merasa sedikit kelazatan dan memang merasa sungguh lazat. Kemudian kita merasa lagi dan lagi hingga kita terleka dan terlupa tentang masa, kematian dan alam kubur.

Pengajaran cerita :
1. Hidup di dunia penuh kenikmatan dan kelazatan yang boleh membuat kita terleka.
2. Kematian akan datang tanpa notis tanpa memo dan kita tidak boleh lari darinya.
3. Maka bersedih dan bersedialah untuk menghadapi masa akan datang sebelum terlambat dan menyesal di hari kemudian

after u read it click button LIKE oke :)

belajar.laa

 
Hellow kawan2
Sgt bz bulan APRIL nierh
Bru arinie berpeluang nk mengupdate
Hikhikhik
Nk tau x psal ap??
Lai lai lai
Kite
 BELAJAR LAA


Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN
Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA
Belajarlah TAAT walau BERAT
Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI
Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN
Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA
Belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI
Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH
Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH
Percaya bahawa Allah SWT masih sanggup menolongmu :)

itu saje untuk entry kali ni
daa
:)

after u read it click button LIKE oke :)